Bila la agaknya Sony Ericsson Xperia Play ni masuk pasaran malaysia..berapa harga pasaran malaysia..
Sony telah lancarkan smartphone yang memang menarik diberinama XPERIA PLAY dan telah dilancarkan pada FEB 2011 tp hanya untuk beberapa buah negara sahaja.. tapi kt Malaysia tak tau bila ada..
Specification :
OS : Android, v2.3 (Gingerbread)
CPU : 1GHz Scorpion processor, Adreno 205 GPU, Qualcomm MSM8255 Snapdragon
Internal Memory: 400 MB, 380 MB RAM
Harga : RM???
Tahun 2011 menjadi tahun pilihan Mr Cool tuk menjadi salah seorng hamba allah untuk membantu program GO GREEN dan langkah-langah yang menjadi pilihan ialah:-
1. Beli barang kat kedai jangan guna plastik sebaliknya bawaklah bag dari rumah ( ni Mr Cool berjaya lakukan)
2. Mengunakan sistem solar kt rumah ( Baru fasa pertama tp coz agak mahal )
3. Semua lampu kat rumah gunakan jenis L.E.D ( tgah survey market ) kat malaysia masih baru dan yang paling penting jimat sehingga 50%..(LED)
4. Menggunakan kereta berteknologi Hybrid ( Honda civic hybrid ) yang ni dalam perancangan.. tgk budget 2011 leh selit tuk bayar downpayment ngan monthly..
Hadiah untuk Mama Zharfan Ipod Shuffle menjadi milik anda setelah berjaya mencuri hati para juri dengan entry yang menarik, creative dan mencuit hati...
tahniah diucapkan ..
Jutaan terima kasih kepada yang sudi join Give away anjuran MrCool mohon maaf kepada yang tidak berjaya akan datang boleh cuba lagi kalau2 MrCool ada rezeki terlebih perberian allah boleh dikongsi bersama...
Terima kasih kepada yang sudi join GA dari Mr Cool.. thun baru 2011 ni banyak kje yang kene seatle maklum le awal tahun jadi mmg tak sempat nak bukak blog dan buat pemilhan tuk pemenang...
Hujung tahun ni Mr Cool buat 1 GA yang hadiahnya i pod shuffle khas untuk smua bloger2 yang aktif, separuh aktif atau yang baru menceburi dunia bloger.. Mr Cool baru je berkecimpung dalam dunia blogger ni..hehehe..
Jom semua blogger join GA ni cara die senang je, syarat2 pun mudah je tak sampai 5 minit pun..
2. pergi kat exchange link pastu masukkan link blogspot ( pasti nombor giliran anda )
3. Korang klik Share button facebook ( pasti nombor giliran anda )
4. Buat satu Entry yang menarik dan pastika ada 'GIVE AWAY IPOD SHUFFLE DARI MR COOL' pasti letakkan banner diatas..
5. Pastikan ada tag member korang sekurangnya 5 orng atau lebih terpulang pada korang...
6. Pastikan anda letakkan link referrer anda dalam setiap entry anda siapa yang Tag anda.
7. Setelah selesai korang comment dan tinggalkan link blog yang dh buat pasal entry GA ipod shuffle ni.. (kalau ada masalah nak comment e-mail kat (mrcoolismeor[@]gmail.com
8. emailkan no giliran exchange link dan nombor korng yang dh share ( arahan 2 & 3) emailkan kat mrcoolismeor[@]gmail.com (syarat ni tak wajib buat tapi yang ada gift special pada yang bertuah)
9.Pemenang dipilih berdasarkan entry terbaik.. dan referrer terbanyak
10.siapa folower yang ke 1010 akan mendapat hadiah misteri dari Mr Cool
11.Warga negara malaysia yang menetap di malaysia sahaja..
Saya dapat e-mail dari seorang sahabat.. hanya sekadar share info menarik...
kepada yang pernah melihat hasil creativity ini.. diucapkan selamat melihat heheh..
Dari bahagian yang kosong yang ade hanya tulisan signboard yang biasa je.. tapi hasil creativity pasangan suami isteri ini telah menghasilkan mural yang menarik dalam bentuk 3D
Inilah pelukis Mural 3D.. nama die Eric.. semua hasil seni dia buat sorng diri dari mengecat, design dan research semua Eric buat sorng.. tapi die dibantu oleh isteri die seorng pelukis.. tp isteri die lebih kepada pengurus projek la.. emmm
ORITE JOM TGK HASIL SENI SEBELUM DAN SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS(utama)
SELEPAS ( Image yg difokus pada sudut kiri gambar utama )
SELEPAS ( Image yg difokus pada sudut tengah gambar utama )
Mmg susah bila switch lock/unlock nokia N97 patah, nk jawab phone pon susah, yela phone ni mmg paling sbuk orng call.. coz sentiasa orng call tuk mengadu,masalah dn mengajor orng by phone ...dh mmg tugas.. 2 mngu lepas g Giant kt Kota damansara sje la tanye just nk tukar switch. . tanye punya tanye punya tanye die kate kne tukar complete housing .. ble tnye harga ooo mak aii RM350 kne tgu smngu.. aku lagi bertambah stress.. mgnu lepas aku dh makin tertekan sbb swith ni.. aku pon masuk lelong sje survey.. tgk2 housing bru dlm RM80 siap antar.. emm ape lagi trzz bli.. aku pun tkar je sendiri lgi senang dan banyak aku jimat.. aku jimat (RM270.00) byk tu...
Petikan diambil dari (Berita Harian edisi : Sabtu , 13 November 2010 )
KUALA LUMPUR: Belumpun reda kontroversi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.
Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.
Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.
Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.
Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.
Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.
Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan.
Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.
Ikuti kisah lanjut mengenai kontroversi ini dalam B*POP, Berita Minggu, esok.